Di antara tugas utama ialah:
1. Mengatur keperluan rumahtangga, di sini ia memerlukan kebijaksanaan wanita untuk
memilih barang-barang yang sesuai untuk rumahtangga beliau, membezakan antara yang
penting dan yang tidak penting.
2. pengurusan kewangan dan perbelanjaannya. Kebijaksanaan wanita dalam mengurus
kewangan keluarga akan membantu keluarganya hidup dalam aman damai tanpa terlibat
dengan hutang walaupun pendapatan suami sedikit berbanding perbelanjaan yang perlu.
3. Mendidik anak-anak bersih dan berperaturan, yang mana ia akan melahirkan keluarga dan
masyarakat yang bersih dan sihat. Malangnya amat ramai wanita yang mengambil mudah
perkara ini, sedangkan kebersihan adalah asas utama sebelum bermula didikan solat dan
sebagainya.
4. Mendidik pengurusan masa anak-anak, bagaimana mengisi masa lapang mereka, dan
bagaimana untuk seimbangkan waktu belajar dan kegemaran masing-masing. Sekiranya ini
dididik sedari kecil, anak-anak kita tidak memerlukan kursus motivasi khas untuk menjadi
insan yang berjaya.
5. Bagaimana mengambil peluang untuk memajukan diri dan keluarga mereka, serta tidak melepaskan peluang yang datang tanpa mendapat faedah daripadanya.
6. Bagaimana menyediakan makanan yang sihat untuk diri dan keluarganya.
7. Bagaimana untuk berjimat dengan hartanya, iaitu dengan mempunyai perancangan yang teratur agar anak-anak mendapat manfaat daripadanya.
8. mendidik anak-anak menyusun dan mengemas bilik dan segala keperluannya, tidak salah mengajar anak-anak menyusun fail barangan mereka,agar mereka, membesar dengan berperaturan.
9. Yang paling utama ialah bagaimana untuk menjadi punca kebahagiaan dan ketenangan bagi keluarganya, masyarakatnya dan negaranya. Inilah tugas yang paling berat untuk dilaksanakan tapi sekiranya kita menanamkan sifat positif "INSYA ALLAH BOLEH", Allah akan membantu memberi kekuatan kepada kita.
0 Response to "Tugas-Tugas Isteri"
Post a Comment