Ayam Pandan


Last two weeks tak tau nak msk lauk per...belek2 resepi...

kot ade rsepi bru kan..biasa ler koleksi rsepi byk...tp simpan jer buat harta..

...ooo aym pandan..mcm nak buat aym pandan jer...simple jer nie..ble le kot try...

Dah siap goreng nie..

nyummy...

Perap dulu...yg nie bfore balut dgn daun pandan


balut -membalut time

Resepinyer iyela...


Bahan :-
Isi Ayam /aym ptg kecik2
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (bau & rasa lebih sedap jika guna kunyit idup)
1 inci lengkuas
1 kiub pati ayam
Sedikit sos tiram
Sedikti garam
Daun Pandan secukupnya.

> Tumbuk lumat semua bahan di atas dan gaul dgn ayam - perat selama 1/2 jam (lg lama lg sedap)
> Bungkus dgn daun pandan (bungkus mcm buat lepat pulut)
> Goreng dgn myk yg byk...guna api perlahan supaya ayam masak dgn sempurna.

tq..tu tn empunyer resepi......

Donut...Oh..Donut...

Donut....Donut....Donut....

Ekceli n3 nie dah lame ..tp t'lupa plak nak post....

Adalah 2-3x try bt donut nie...okler...klu utk mkn sndiri...klu utk meniaga...ehmmm truskan usaha lg ler...kna byk222...bt eksperimen lg...hik...hik...

coz till now i’m still not satisfied with my homemade dodut...alamak apelak dodut nie...

donut ler....Amar don’t disturb mama ler...g main jauh2 ky....bz nie...emmm...bz ler sgt....

si kecik nie lak sibuk nak menaip sama...

Donut nie...kejap jer bt compared dgn karipap..klu kripap tue take time ler skit nak membentuknya....donut just bulat2kan jer...(knp lak sy compare dgn karipap ekh? coz 2 jnis kuih nie jer yg sy slalu bt n frozen kan)

Last skali bt donut on Sunday 20/06/10....requested fm mak Long a.k.a K.linda ...alang2 dorang ada kt cni...ble ler tlg bt skali coz dia ckp nak blaja bt donut...so ble ler aku bt frozen donut.....bt byk2 skali sng...nak mkn goreng jer....mama modern ler katakan...

Mak long...nnt jgn lupa yer bt donut kt JB tue...jgn amik rsepi ajer...




dah siap goreng...n sedia utk dingapp



Resepinye ialah:
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur

1/3 cawan shortening/butter

5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
[i]Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung.
Gaulkan sehingga sebati.

Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.

Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas


tq...kpd penyumbang resepi...amik kt tenet jer nie...tp lupa dr web mane...

mintak halal yer...

Bubur Ayam Simple


Semua masakan yg simple2 ajer...

last week teringin nak mkn bubur jer...
so blk keje terus amik periuk n didihkan beras...

check punyer check...sup bunjut x de...kiub pati aym pun xde..
alamak...

sib baik ada myk bijan...nnt takut xde perasa lak bubur aym ku nnt

sempoii...guna jer ape yg ade..sib baik husband ku x cerewet..mkn je ape yg ade...tq b..memahami isteri mu yg bz..he.he..









Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam (x letak coz xde)
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit minyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (xde)
  • telur masin (xde)

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik...
p/s ; klu nak pedas...ble buat sambal kicap ..








Pizza Simple


Best sgt...roti @ pizza nie...
mkn time pns2 tau..mmg nyummy....

dah lame simpan resepi nie..tp x pernah try...tp skali try..nak lagi...

kpd kwn2 yg mls nak uli tpg utk bt pizza tue..cba ler rsepi nie dlu..simple tp sdp....

to all nnt jgn lupa try tauuu

nie resepinye...ble ubah ikut suka sndiri...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Roti Gardenia - sebungkus
  • Sosej dipotong bulat (ikut suka byk mane)
  • Bawang besar didadu (lg byk lg sedap)
  • bwg putih - 7 ulas didadu
  • cendawan butang - dipotong bulat
  • telur - 2-3 biji
  • mayonis
  • sos tomato
  • serbuk lada hitam
  • Keju - sy pakai kraft singles je

Cara-cara

  1. First.masak inti iaitu tumiskan bwg besar, bwg putih sehingga garing.
  2. masukan sosej, cendawan yg telah dipotong bulat.serbuk lada hitam,garam dan perisa..goreng sampai masak
  3. then sediakan roti atas dulang pembakar..mula susunkan, sapu mayonis, next sos tomato
  4. kemudiakan inti td dimasukan sedikit dlm telur yang telah dipukul, dan sapukan pd roti
  5. akhir sekali hiris keju panjang2 dan susun atas roti td..boleh dibakar selama 7 - 10 minit dgn api sederhana
  6. kemudian..sedia utk dihidang panas2
tq tu tuan empunyer resepi...dpt dr internet... n mintak halal yer


n....Hasilnyer...

Susun bhn...kt ats rti n susun cheese


b'sedia utk dimsukkan ke dlm oven

yg nie dh siap bkr
sedia..utk di mkn

sekali bkr...muat 4 keping jer..dlm oven kecilku itue...

tp klu sorang mkn 4 keping tue...x pyh mkn nsi pun dh kyg tue...




Agar-Agar Cermin




Last month try bt agar2 cemin...biasanyer tgk org bt cantik ajekan...x pernah try pun...coz x b'kesempatan..actually nak bt agar2 santan...santan plak xder..

First time bt lembik sket...

2nd time bt ok ler...sng gak nak bt...yg nie bt utk bwk g b'day party my mem..Pn.Z..

coz ktaorg nk bt surprise party kt pn..just kecil2lan ajer..n only girlz

except...biasa ar...yg sorang tue..

ahli2 lain mesti tau sape kan...-Hepy Blated Birthday Pn...semoga sihat selalu..

09/06/10 Ari tue aku plak off day..keje mlm.tp coz klu nk bt ari lain all commitees bz lak...

so blk pg2 tue bt ar skjp... n nie resepinyer...


Bahan A

1000 ml air
1 cwn gula
Pewarna kuning,merah n hijau
20 g agar2 kering
daun pandan


Bahan B
1000 ml air
1 cwn susu cair
2 cwn gula
20 g agar2 kering
1 1/2 camca besar tepung jagung*
3 camca besar air*(*disatukan)

daun pandan

1. UNTUK AGAR2 Kuning,merah,hijau :- Masak air & gula hingga mendidih. kacau hingga sebati. Masukkan agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang,bhgkan kpd 3 bhgn n letakkan pewarna dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.


2. UNTUK Agar2 susu :- Masak air, susu cair dan gula & agar2 hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung . Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 merah,hijau & kuning tadi. Biar sejuk baru dipotong


Amar- 2 Years Old (19/06/10)

Happy Birthday my Boy.... 2 years old...
on Saturday 19/06/10 celebrated Amar's bday among our family...
my hubby,K.Linda,Zira,Parin, Syida n si kecik Amar...
dah besar anak mama nie...don't be notty2...yer...
Tq to all coz...memeriah kan majlis...


Emm.. dap nyer...Milo ais
leka plak main......
me, Syida & K.Linda
B'day cake Amar...only the simple one
Amar with papa & Mama


jeng...jeng...jeng... mcm man mos(ultraman kosmos ) x mama?
Cik Da pun nak gak pkai Mask...layan aje ler....
where uncle...no pizza n cup (sup) ?
Kita posing dulu arr... syida,k.linda,parin & zira

Perasaan Malu di sisi Islam


Setiap waktu dikurniakan Allah S.W.T sifat malu;
Kerana malu, si wanita tahu menjaga kehormatannya..
Kerana malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya
Kerana malu juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Namun kini si wanita itu sudah hilang malunya..
Kerana hilang malu, terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya malu itu, si wanita gagal menilai apa itu halal, apa itu haram,

Golongan lelaki juga tidak dilupakan oleh Allah SWT dengan mengurniakan sifat malu kepada mereka.;
Kerana malu, si lelaki menasihati diri dan si wanita agar sama-sama menjaga maruah diri serta menjaga aurat.
Kerana malu, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas social dan pergaulan halal dan haram,
Kerana malu itu, si lelaki sentiasa menjaga dan mendidik nafsunya..

Ingatlah wahai lelaki…
Janganlah mengajak si wanita untuk berbuat dosa sebaliknya selalulah mengingatkan mereka dengan kata " takutlah akan ALLAH"

Tapi kini, si lelaki itu sudah hilang malunya;
Kerana hilang malu itu, si lelaki mengajak wanita berbuat mungkar
Kerana hilang malu itu, si lelaki lupa tentang hukum Allah S.W.T.
Kerana telah hilang malu itu, si lelaki mungkin hilang taraf khalifah.

Sabda Rasulullah S.A.W " Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman"

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan hati itu bukan pada tempatnya.

Malulah kamu dengan Allah S.w.T kerana ingkar akan suruhan- Nya
Malulah kamu dengan Rasullullah S.A.W kerana meninggalkan sunnahnya
Malulah kamu kerana lupa dan malas membaca Al – Quran
Malulah kamu kerana melawan ibu bapa
Malulah kamu atas dosa-dosa yang kamu lakukan

Maka, percayalah bahawa malu itu akan menyelamatkan kita daripada fashar wal mungkar.

5 Perkara

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya

nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan

siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan

barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .

( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

' Surah Al-Baqarah ayat 286

DiDengar Mayat


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu ;

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya aitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ... .Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... ..

· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ... Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan

· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. ... . Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat

· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ... .Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ... ... . terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis

· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa..'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku... .. ..

· Kini Kau Tinggal Seorang Diri

· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri

· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

· Hari Ini,... .

· Akan Kutunjukan Kepadamu

· Kasih Sayang-Ku

· Yang Akan Takjub Seisi Alam

· Aku Akan Menyayangimu

· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang

· Kembalilah Kepada Tuhanmu

· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku

· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan

keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka

akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah

dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah

dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir

solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,

seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka

yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya

menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu

sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,

akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan

sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan

dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara

kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari

sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya

mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada

Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa

yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya

sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)

israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu

sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang

sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah

Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada

orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya

Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu

tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap

malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.