Kisah 2 Malaikat

RENUNGAN KITA BERSAMA

Assalamualaikum wbt

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"


Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan
mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."


Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."


Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.



Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:


Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarn-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.Malam ke 9Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat .

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah S.W.T akan member penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Uniknya kejadian Buah Kurma

(Diceritakan oleh krew RTM)

Sama-sama hayati kisah ni... Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pior' madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long ,asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s.,Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.


Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s.itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan prose pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan diantara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.

Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab)akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan ditempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. "Allah s.w.t.jadikan buah tamar cukup istimewa.


Cuba perhatikan sepanjang ia berada diatas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.


Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini,lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam."Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita.


Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w.dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar

Kesilapan Kerap dilakukan Muslim di Bulan Ramadhan

Oleh: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama.Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut denganjelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang SayyidatinaAisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedarsedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAWadalah doa meminta keampunan Allah SWT.Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhankerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umatIslam kini.


Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batalp uasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjanghari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan inidisebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayatal-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapatkeberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggahd engan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalahwaktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan olehNabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. FirmanAllah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solatsunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solatsunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fathal-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yangmaha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalahrukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru,'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itumenjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yanglupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh NabiSAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allahsebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayatal-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat".(Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari denganalasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niatibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhanini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ;Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yangdisepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat merekas olat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telahmenyebut :-Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yangadil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampirberbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753,Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Hikmah Puasa

1. Melahirkan kesyukuran terhadap Allah. Semua ibadat yang difardhukan mempunyai erti terima kasih kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. telah melimpahkan berbagai nikmat yang tidak terbatas banyaknya kepada manusia. Sebagai tanda terima kasih itulah maka manusia, khususnya yang beragama Islam sewajibnya melaksanakan kefardhuan-kefardhuan yang telah ditentukan.

2. Puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi penyabar, tabah menanggung kesusahan dan penderitaan. Di dalam kehidupan manusia didunia ini, kesusahan dan penderitaan adalah perkara lumrah yang lazimnya ditempuhi oleh setiap orang. Orang-orang yang memiliki sifat sabar akan mudah menguruskan soal-soal kehidupannya dengan matang dan teratur. Selain mendapat faedah untuk diri sendiri, orang-orang yang memiliki sifat sabar akan dikasihi Allah.

3. Puasa juga dapat melatih seseorang itu mengawal nafsu buas dan ammarah yang suka melakukan kejahatan. Melalui puasa seseorang itu dapat membentuk personalitinya menjadi seorang yang baik dan dihormati.

4. Puasa dapat menghindar seseorang itu daripada bersikap tamak, gelojoh dan mementingkan diri sendiri. Sifat-sifat tersebut amat dikeji dan membawa kepada kerugian dan keburukan.

5. Puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi seorang yang amanah di dalam amal kehidupannya sehari-hari. Ini berlaku kerana seseorang yang berpuasa akan patuh kepada peraturan-peraturan puasa yang telah ditetapkan seperti menahan makan, minum dan lain-lain. Ia tidak akan melakukan semua itu sama ada di hadapan orang atau secara sembunyi. Latihan sebegini sudah tentu membentuknya menjadi seorang yang amanah.

6. Puasa dapat menanam rasa belas kesihan terhadap seseorang yang dalam kesusahan atau kemiskinan. Seseorang yang telah merasa sakit dan pedih kerana berlapar, akan dapat mengukur kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh orang-orang fakir dan miskin. Oleh itu orang-orang fakir dan miskin, yang hidup melarat akan sentiasa ditolong bantu oleh orang yang berada. Kesedaran dan keadaan ini akan melahirkan keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

7. Puasa memberi kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan. Ahli-ahli perubatan pada keseluruhannya telah mengakui bahawa puasa memberi kesan yang baik terhadap sesetengah penyakit. Para doktor juga berpendapat bahawa setiap manusia perlu sekali sekala berpuasa sekalipun ia tidak berpenyakit.

8. Puasa dapat mengujudkan perpaduan di kalangan umat. Apabila tibanya bulan Ramadhan, setiap umat Islam menyedari bahawa semua umat Islam di dunia ini akan berpuasa. Umat Islam diseluruh pelusuk dunia ini mengamalkan ibadat yang serupa sepertinya juga. Keadaan in sudah tentu mencetuskan dihati sanubarinya dengan rasa kesatuan dan kesamaan. Dengan ini terjalinlah rasa muhibah, kasih sayang, persaudaraan dan ingin tolong menolong antara satu dengan lain.

9. Sebagai kemuncaknya, puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi muslim mukmin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kemuncak ini akan dapat dicapai apabila seseorang itu benar-benar tekun dan ikhlas menjalani ibadat puasa ini tanpa ada tujuan yang lain selain semata-mata kerana Allah s.w.t.

Perkara Sunat & Makruh Bagi Orang Berpuasa

PERKARA YANG DISUNATKAN BAGI ORANG BERPUASA

1. Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman pada waktu akhir malam. Tujuannya ialah supaya menambahkan kekuatan berpuasa.

2. Menyegerakan berbuka setelah yakin matahari telah terbenam.

3. Berdoa sewaktu berbuka dan maksud doa : “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka, dahaga hilang dan urat-urat telah menyedut makanan, mudah-mudahan Allah menetapkan ganjaran-Nya”

4. Berbuka dengan buah korma atau sesuatu yang manis atau dengan air.

5. Memberi makanan atau minuman kepada orang untuk berbuka puasa.

6. Memperbanyakkan amalan kebajikan seperti bersedekah dan sebagainya terhadap kaum kerabat yang lemah dan fakir miskin.

7. Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. sama ada pada waktu malam atau siang. Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan diberi pahala yang berlipat ganda.

8. Menjauhkan diri daripada percakapan-percakapan yang tidak berguna dan buruk seperti mengumpat, mencela dan sebagainya. Memang telah dimaklumi bahawa perkara-perkara itu dilarang, tetapi perkara-perkara seperti itu jika dilakukan pada bulan yang mulia ini dosanya lebih besar.

9. Menyucikan diri (mandi junub) bagi orang yang berhadas besar sebelum naik fajar.

PERKARA YANG MAKRUH BAGI ORANG BERPUASA

1. Berbekam atau mengeluarkan darah penyakit melalui kulit kepala.
2. Memamah sesuatu yang tidak boleh hancur.
3. Menyedut air yang berlebihan ketika berwuduk.
4. Mengucup isteri.
5. Masih dalam keadaan berjunub semasa sudah masuk waktu subuh.
6. Memberus gigi atau berkumur-kumur selepas tergelincir matahari.

BEBERAPA MASALAH MENGENAI PUASA

Melewatkan Qada Puasa

Orang yang melewatkan qada puasanya sehingga sampai puasa berikutnya, sedang ia mampu untuk berbuat demikian, ia wajib mengqadakannya serta membayar fidyah, iaitu memberi makan fakir miskin dengan kadar satu hari secupak beras atau yang sama dengannya.

Junub Sampai Pagi Hari Puasa

Ada orang menyangka bahawa berkeadaan junub sampai terbit fajar hari puasa membatalkan puasa. Sebenarnya sangkaan tersebut tidak benar. Tetapi sebaik-baiknya (sunat) orang yang berjunub segera mandi sebelum terbit fajar, kerana dikhuatiri terjadi hal yang membatalkan puasa.

Menggantikan Puasa Orang Lain

Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sebab uzur, kemudian ia meninggal dunia sebelum sempat mengqadanya, umpamanya uzur yang terus menerus sampai mati, ia tidak berdosa. Puasa yang ditinggalkan itu tidak wajib diqada dan tidak pula wajib fidyah. Sekiranya ia meninggal dunia sesudah ada kemungkinan untuk mengqada, tetapi tidak dilakukannya, keluarganya wajib mengqada puasa yang ditinggalkan itu. Hal ini berdasarkan hadis dari Aisyah r.a. yang bermaksud..

“Rasulullah s.a.w. bersabda ; Sesiapa yang mati dan meninggalkan kewajipan puasanya, hendaklah walinya berpuasa untuk menggantikannya” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Makan Kerana Lupa Atau Dipaksa

Orang yang termakan pada siang hari puasa atau menyangka belum naik fajar atau menyangka matahari telah terbenam, puasanya tetap sah dengan syarat ia hendaklah terus berhenti dan meluahkannya sebaik sahaja ia sedar. Demikian juga orang yang dipaksa makan.

Mimpi Berjimak Dan Keluar Mani

Orang yang bermimpi berjimak semasa ia tidur di siang hari, tidak batal puasanya. Demikian juga jika air maninya keluar kerana mengkhayalkan persetubuhan, tidak batal juga puasanya.

Mandi Atau Menyelam Kerana Panas

Orang yang mandi atau menyelam kerana kesangatan panas, tidak merosakkan puasanya.

Merasa Makanan

Merasa makanan dengan lidah dan tidak ditelan tidak membatalkan puasa.

DENDA-DENDA BAGI ORANG YANG TIDAK PUASA


Terdapat empat jenis denda yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak berpuasa Ramadhan.

1. Kifarat berserta qada
2. Fidyah berserta qada
3. Fidyah
4.Qada

Kifarah Berserta Qada

Denda ini dikenakan kepada orang lelaki yang membatalkan puasanya melalui persetubuhan. Persetubuhan yang dimaksudkan ialah dengan memasukkan kemaluannya melepasi had tertentu (hasyafah) ke dalam faraj (qubul atau dubur) sama ada manusia atau haiwan, yang masih hidup atau telah mati, lelaki atau perempuan sekalipun tidak keluar mani. Walaubagaimanapun, persetubuhan orang-orang yang berpuasa seperti berikut hanya diwajibkan qada tanpa kifarat, iaitu :

1. Orang yang bersetubuh dengan memasukkan kemaluan ke dalam faraj sekadar belum sampai had yang ditentukan.
2. Orang yang disetubuhi.
3. Orang yang bersetubuh dalam keadaan lupa atau tidak sedar.
4. Orang yang tidak tahu batalnya puasa dengan kelakuan tersebut.
5. Kanak-kanak yang belum baligh.
6. Orang-orang yang berpuasa tanpa niat.
7. Orang-orang dalam musafir.
8. Orang sakit, dengan harapan persetubuhan itu akan menyembuhkan sakitnya.
9. Orang yang yakin ketika persetubuhannya itu masih malam hari, atau yakin masuk waktu malam sedangkan sebenarnya masih siang.
10. Orang yang berpuasa selain dari puasa Ramadhan seperti puasa nazar, puasa kifarat dan puasa qada sekalipun qada bagi puasa Ramadhan.

Kifarah puasa ada tiga peringkat. Pertamanya ialah memerdekakan seorang hamba yang beragama Islam, sempurna sifat dan tubuh badannya. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya terputus walaupun sehari, hendaklah diulangi puasanya semula. Jika tidak berupaya juga, hendaklah memberi makan fakir miskin seramai 60 orang dengan kadar secupak seorang. Kifarat puasa wajib ditunaikan, tetapi kewajipan tersebut terhapus sekiranya seseorang itu gila atau mati.

Fidyah Berserta Qada

Denda ini dikenakan kepada tiga golongan, iaitu orang yang melengah-lengaahkan qada puasa wajib tanpa apa-apa keuzuran sehingga masuk bulan Ramadhan pada tahun berikutnya dan orang-orang perempuan hamil atau sedang menyusukan anak yang bimbang tentang keselamatan bayi atau anaknya sekiranya ia berpuasa. Kadar fidyah ialah secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan. Di samping fidyah itu, puasa yang ditinggalkan itu wajib diqada.

Fidyah

Fidyah dikenakan kepada orang yang meninggalkan puasa-puasa wajib seperti puasa Ramadhan (seperti yang telah diterangkan) atau puasa nazar, puasa kifarat orang yang mati tanpa sebarang sakit atau uzur sebelum sempat mengqadakannya. Bagi orang yang telah mati itu menjadi kewajipan kepada keluarganya terutama walinya untuk membayar fidyah bagi simati sebanyak satu cupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkan.

Qada

Qada ialah mengulangi berpuasa kerana menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan oleh sebab-sebab tertentu. Puasa qada boleh ditunaikan oleh orang lain dengan syarat orang yang berkenaan telah meninggal dunia dan tidak sempat mengqadakan puasanya sedang dia berkemungkinan mengqadakannya. Oleh yang demikian hendaklah diqadakan oleh keluarganya.

PANDUAN IBADAT PUASA

PENDAHULUAN

Puasa ialah salah satu ibadat tertua dalam sejarah kehidupan manusia. Amalan ini telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi rasul. Dalam ajaran Yahudi dan Nasrani, puasa adalah satu amalan yang wajib dilaksanakan. Orang-orang arab pada zaman jahiliah juga telah menetapkan hari-hari tertentu seperti hari Asyura dan lain-lain untuk mereka berpuasa. Begitulah juga dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini mengamalkan puasa dengan cara dan tujuan yang tersendiri.

Dalam syariat Islam, puasa mempunyai tujuan dan hikmah yang sangat besar. Ia boleh meningkatkan taqwa orang-orang mukmin terhadap Allah S.W.T. Ibadat ini mula disyariatkan sebagai satu kefardhuan bagi umat Islam ialah pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dan menjadi salah satu daripada Rukun Islam. Firman Allah S.W.T. seperti yang termaktub dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 183.

“Wahai orang-orang yang beriman.! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana di-wajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

Islam itu dibina di atas lima perkara (rukun), iaitu mengucap syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesurah Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. (Hadis sahih, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


DEFINISI PUASA

Puasa ialah perkataan bahasa Melayu yang diterjemahkan dari kata bahasa Arab “as-saum” atau “as-siyam” Dari segi bahasa ia bererti menahan diri dari sesuatu perkara. Pada pengertian syarak ia bermaksud menahan diri dari makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkannya mulai dari terbit fajar sadiq sehinggalah ke waktu matahari terbenam.


JENIS PUASA

Puasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu puasa wajib, puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram. Puasa wajib ialah puasa pada bulan Ramadhan, puasa nazar dan puasa kifarat iaitu kifarat (denda) kerana membunuh orang atau kerana bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.

Puasa sunat di antaranya ialah puasa enam hari pada bulan syawal, puasa hari Arafah iaitu pada sembilan haribulan Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, puasa hari Asyurah iaitu pada sepulah haribulan Muharram, puasa pada bulan Rejab dan Shaaban, puasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain.

Puasa makruh ialah puasa yang dilakukan terus menerus sepanjang tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan dan puasa pada hari Jumaat sahaja. Puasa haram ialah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji dan puasa pada Tasyrik, iaitu hari kesebelas, duabelas dan tigabelas Zulhijjah dan juga pada hari syak iaitu hari yang tidak dapat dipastikan sama ada sudah masuk bulan Ramadhan atau belum.

RUKUN PUASA

Rukun puasa ada dua perkara, iaitu: Berniat puasa, Niat puasa hendaklah dilakukan pada tiap-tiap malam sebelum hari puasa. Walaupun begitu ia boleh juga dilakukan pada malam sebelum hari pertama puasa. Contoh lafaznya ialah “ aku berniat berpuasa esok hari dan hari-hari seterusnya sepanjang bulan Ramadhan, wajib atasku kerana Allah Taala”. Tetapi jika ia tertinggal puasa, ia hendaklah berniat semula selepas hari yang ditinggalkan itu. Bagaimanapun sebaik-baik niat puasa ialah dilakukan pada tiap-tiap malam semasa memulakan makan sahur.

Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai dari waktu terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).

SYARAT WAJIB PUASA

1. Beragama Islam
2. Baligh atau sampai umur
3. Berakal sempurna
4. Berkuasa mengerjakannya

SYARAT SAH PUASA

1. Islam, Orang-orang bukan Islam tidak sah puasanya.

2.Mumaiyiz, yakni mengerti perbezaan yang baik dengan yang buruk atau yang bersih dengan yang kotor.

3. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan. Orang yang berhaid dan yang sedang berdarah nifas tidak sah puasa, tetapi wajib mengqadaq kan puasa yang tertinggal itu.

4. Puasa pada hari-hari yang dibenarkan sahaja. Tidak sah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji serta hari-hari tasyrik iaitu dari 11 hingga 13 haribulan Zulhijjah

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Niat membatalkan puasa. Berniat untuk berbuka atau membatalkan puasa dengan sengaja dan bersungguh-sungguh boleh membatalkan puasa sekalipun ia tidak makan atau minum atau tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.

2. Makan atau minum dengan sengaja. Orang yang makan, minum atau merokok dengan sedar dan sengaja batal puasanya. Sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan tidak sengaja atau terlupa, tidak batal puasanya dengan syarat ia segera meluahkan makanan atau minuman itu apabila ia sedar bahawa ia sedang berpuasa.

3. Muntah dengan sengaja. Muntah dengan sengaja bererti muntah yang berlaku kerana perbuatan sendiri, bukan kerana keadaan seperti mabuk dan sebagainya. Jika termuntah tanpa sengaja tidaklah membatalkan puasa.

4. Bersetubuh. Orang yang melakukan persetubuhan dengan sengaja dalam masa puasa, selain terbatal puasanya, ia diwajibkan membayar kifarat (denda). Kifaratnya ialah memerdekakan seorang hamba. Jika ia tidak berupaya, ia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya ia tidak berupaya juga, ia hendaklah memberi makan kepada enam puluh orang miskin atas kadar sekali seorang dengan nilai yang sepatutnya. Seseorang yang serta merta menghentikan persetubuhannya sebaik sahaja terbit fajar (masuk waktu subuh), sah puasanya. Tetapi keadaan ini hendaklah dijauhi bagi mengelakan terbatalnya puasa dan terkena kifarat.

5. Keluar mani dengan sengaja. Mengeluarkan mani dengan sengaja seperti dengan tangan, menonton gambar lucah atau lain-lain yang boleh mengeluarkan mani adalah membatalkan puasa. Walaubagaimanapun, jika mani terkeluar disebabkan bermimpi atau berkhayal tidaklah membatalkan puasa.

6. Keluar darah haid atau nifas. Sekiranya seseorang perempuan datang haid atau bersalin dan keluar darah nifasnya ketika ia sedang berpuasa maka batallah puasanya.

7. Gila. Jika kegilaan itu datang pada siang hari, batallah puasanya.

8. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan. Memasukkan sesuatu benda secara sengaja ke dalam rongga badan seperti hidung, dubur dan telinga adalah membatalkan puasa.

ORANG YANG DIHARUSKAN BERBUKA PUASA

1. Orang Sakit. Seseorang yang tidak berupaya untuk meneruskan puasa kerana sakit atau sekiranya ia berpuasa juga akan menambahkan kesakitannya atau melambatkan sembuh penyakitnya. Ia dibolehkan berbuka dan wajib menggantikannya (qada).

2. Orang yang sedang dalam perjalanan jauh. Orang yang sedang musafir atau dalam perjalanan jauh iaitu tidak kurang daripada dua marhalah kira-kira 80.640 kilometer atau 50.086 batu harus berbuka puasa. Puasa yang ditinggalkan itu wajib diqada.

3. Orang yang uzur. Orang-Orang tua yang sudah lemah, orang-orang yang lemah kerana penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semulajadinya lemah diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung. Tiap-tiap hari yang ditinggalkan itu wajib dibayar fidyah, iaitu satu cupak atau ¾ liter makanan yang boleh mengenyangkan bagi sesebuah negeri berkenaan. Orang-orang ini tidak diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

4. Orang hamil. Orang yang sedang hamil dan bimbang kalau ia berpuasa akan membahayakan dirinya, ia diharuskan berbuka, tetapi wajib diqadakan puasa yang ditinggalkan itu. Sekiranya ia bimbang akan membahayakan kandungannya seperti takut terjadi keguguran, ia harus berbuka tetapi wajib mengqadakannya serta membayar fidyah dengan secupak beras atau makanan yang mengenyangkan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan itu.

5. Ibu yang menyusukan anak. Orang yang menyusukan anak juga harus berbuka puasa dan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu kalau ia bimbang dengan berpuasa akan menyebabkan mudarat kepada dirinya. Kalau ia bimbang memberi mudarat kepada bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka ia diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.

6. Wanita yang haid atau nifas. Wanita yang didatangi haid atau nifas wajib berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

7. Orang yang pitam sepanjang hari. Orang yang pitam sepanjang hari harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

8 .Orang gila. Orang gila juga harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia juga wajib mengqadakan puasa yang tertinggal itu.

"Selamat Berpuasa"

Hari ni dah 10 Ramadhan

Coz dh msuk 10 hari kita semua b'puasa.So sy nak wish Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam..

Hua...dah lama sgt x update blog...mcm2 nak post kt blog nie tp masa sgt mencemburuiku...
Bln pose nie...kul 9.00 dah ngantuk...camner tue...

Saya nak share ler dgn kwn2 All about Ramadhan........


Bacaan Niat Puasa

Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan

NAWAITU SAUMAR’ADIN AN ADASIR FARDHI SHARI RAMADANA HASIHIL
SANATI LILLAHITA’ALAH

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.



Bacaan Hendak Berbuka Puasa

ALLAH HUMA LAKASUMTU WABIKA AMANTU WAALA RISKIKA AFTARTU
BIRAHMATIKAYA ARHAMA RAHIMIN.

“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.

Family Day Jabatan Pertanian 10 Julai 2010



10 Julai 2010...uisshh...dah lame Family Day nie...Almost 1 month..
Biasaler bz...dah lama gak x update blog nie...sib baik x b'kulat..he..he..

Family Day nie anjuran jabatan abg...so join ler pe lagi kan...
kt Taman Tema Desa Water Park kt KL jer..
Ekceli x plan pun nak g..coz at first b ckp x nak g...
tp last minute b kna jd urusetia lak...sib baik mama x keje that day...

Best gak melayan Amar Amsyar main Air...
pelagi Amar klu dah main Air tu x reti nak naik ler...
sampai kecut jari jemari dia...

Jom layan pics kt Desa WaterPark
Cheese..... Mama n Amar Amsyar
Hari Keluarga Jabatan Pertanian
Amar dpt Belon..he..he
Meriah gak kt cni
Boring le tue...asyik ajak mama swimming...sabar ye sayang!!!!
Stage 1..jeling2 dulu
rehat jap...
makan kerepek ajer...mama dpt hamper gak..he..he
Nie after stage 2....bju ntah ke mana
nak apa sayang?
Amar x nak go home..nk cwimming..

dah...jom balik...




Chocolate Cake n Rainbow Cake

Last week terrajin plak nak buat kek..
bukan per tepung kek dah t'simpan lama kt dpur..tkut expired lak...
itule sebab merajin kan diri sket
itupun buat kek yang simple jer...mklumlah dah lama x buat kek .
so,for a start better try with the simple one kan...
utk mkn2 sndiri jer...
Alamak...wlaupun sket je adunannye...tp,byk gak nie klu sy n hubby jer nak hbiskan...
so suh abg bwk g ofis,sy bwk gak g ofis n bg bb sitter amr sket...
Alhamdulillah abis jua kek ku..


Resepinyer...

1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn marjerin/butter
1 cwn gula
3 biji telur
1 cwn coklat/pwarna merah n hijau(coz 2 jnis kek)
1sk esen vanilla

Cara.mcm biasa jer...

First mix butter n sugar.......putar smpai gebu
msukkan telur......msukkan esen vanilla n msukkan tepung
Last skali for rainbow kek bhgikan kpd 3 bhgn...warna asli,merah n hijau

utk kek coklat msukkan coklat ye kwn2..



tara...kek simple ku...




rainbow cake..yang dah dipotong
Fresh from oven







layan ajela si budak kecik nie...
menyebokkan diri
Epi bday yuyu...biarle dia potong kek tu. smenjak celebrated b,day amar ari tue asyik nyanyi lagu b;day jer..so i let's him cut d cake..ala2 clebrate b'day ler tue..cayang Amar




Menu Berbuka Puasa


Ari nie puasa ganti lg....biasala klu last minute nie...3 hari lagi nak sambut Ramadhan
Jom kta jengah ape menunyer...

1) Homemade Chicken Chop with black pepper sauce + potato salad + fries
2) Nasi + sup ayam n ayam goreng
3) sotong celup tepung
4) air oren

Potatoes + butter +mayonies
daa...dah siap...nyummy..
nyumm..nyummm..chicken cop...blum goreng tau..sabar
daa...dah siap my homemade chicken chop .1 for me
1 for my hubby
Sotong goreng celup tepung
perapan sotong n tepung