Banyak gak duit kena kuar nak beli rumah nih...mcm2 plak bayaran yang perlu amik kira...
nih aku amik je kt tenet..bole ler bantu serba sedikit..ahaksss..
kat ne yer nak korek duit...???$$$$$$$$$$
·Biaya tambahan yang harus dikeluarkan juga apabila ingin memiliki rumah.
(contoh: wang KWSP, jualan saham, pinjaman dari keluarga atau ibu bapa yang mampu)
·Berbincang juga jika anda memerlukan kerja untuk mengubah suai dan membaiki sekiranya rumah tersebut mengalami masalah. Terutama sekali jika anda bercadang untuk menyewakannya.
·Jika kewangan anda terhad, jangan terburu-buru untuk mengubahsuai. Kekalkan rumah mengikut rekaan asal. Apa yang penting, anda perlu menjaganya supaya sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.
·Kos-kos lain yang kena bayar plak seperti belanja guaman, duti setem, dan premium insurans perlu diambilkira:
Jadual pertama Solicitors Remuneration Order 1991 telah menetapkan bayaran kepada peguam dalam urusan jual-beli rumah seperti berikut:
§1 peratus ke atas RM100,000 yag pertama
§0.5 peratus ke atas RM4,900,000 yang berikutnya
§0.25 peratus ke atas baki
Pihak peguam hanya boleh mengutip bayaran yuran guaman (fee) sama ada daripada pembeli atau penjual, bukan daripada kedua-duanya.
Duti setem pula dikenakan ke atas dokumen pindah milik berdasarkan harga beli, seperti berikut:
§1 peratus ke atas RM100,000 yang pertama
§2 peratus ke atas RM400,000 yang berikutnya
§3 peratus ke atas RM1,500,000 yang berikutnya
§4 peratus ke atas baki
Berapakah jumlah yang mampu anda bayar?
Sebagai panduan, lazimnya bayaran pinjaman hendaklah dalam lingkungan 25 peratus hingga 33 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Ini juga bergantung kepada hutang-hutang lain yang anda tanggung (seperti ansuran pinjaman kenderaan).
Apakah had yang dikenakan bagi sesuatu pinjaman?
Contoh: Terdapat bank-bank komersil yang menghadkan umur peminjam antara 18 hingga 60 tahun.
Jika umur melebhi 50 tahun, biasanya bank akan hanya membenarkan 50 peratus daripada harga rumah.
Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman perumahan ialah 35 tahun. Jika tempoh bayaran balik singkat, jumlah bayaran balik adalah tinggi tetapi faedah yang dikenakan tidak terlalu tinggi.
·Isi perjanjian jualbeli rumah dirujuk menerusi Jadual G dan H di dalam Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.
·Pembeli perlu menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli pada masa pembayaran pertama iaitu 10% harga rumah dibayar kepada pemaju.Anda harus memastikan bahawa tarikh pembayaran pertama dan Surat Perjanjian Jualbeli adalah tarikh yang sama.
·Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran pun tanpa Surat Perjanjian Jualbeli.
·Anda pastikan tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh arkitek atau jurutera yang bertauliah.
·Jika anda (pembeli) atau pembiayaan (end financier : contoh bank) anda gagal membayar ansuran dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, anda sebagai pembeli boleh dikenakan faedah oleh pemaju. Ianya dikira dari hari atas kadar 10 peratus setahun ke atas ansuran tidak berbayar.
·Anda sebagai pembeli perlu diingatkan bahawa kegagalan anda untuk membayar ansuran dan faedah dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, ia membolehkan pemaju menamatkan perjanjian jualbeli.
·Pembeli diingatkan supaya membayar bayaran untuk perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan longkang, potongan rumput di rizab jalan hanya akan dibuat mulai tarikh pemilikan kosong untuk tanah dan bangunan.
·Pembeli bertanggungjawab membayar cukai tanah, cukai taksiran serta caj lain ke atas harta yang dibeli mulai tarikh Perjanjian Jualbeli.
·Semasa penyerahan pemilikan kosong rumah dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Menduduki Bangunan (CF) daripada pihak berkuasa tempatan.
·Pembeli hanya boleh menduduki rumah tersebut apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CF) dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
·Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, ianya boleh dilakukan selepas mendapat CF dan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.
·Jika pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan, pemaju hendaklah membayar gantirugi kepada pembeli. Gantirugi dikira dari hari ke hari dengan kadar 10 peratus setahun daripada harga beli rumah.
·Pembeli boleh menuntut bayaran gantirugi daripada pemaju berkenaan sebelum tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (serah kunci) yang disebut dalam Perjanjian Jualbeli.
Kesimpulan: Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah, cuba buat sedikit perbandingan mengenai semua segi. Terutamanya harga rumah tersebut. Pemaju yang berlainan akan menawarkan harga yang berlainan. Mahal atau murah bergantung kepada lain-lain kemudahan yang disediakan. Dinasihatkan jangan sekali-kali anda terburu-buru dalam membuat keputusan. Pembelian rumah merupakan pelaburan besar dan lama. Proses yang terlibat dalam pembelian adalah rumit jika hendak dibandingkan dengan proses membeli sebuah kereta.
Oleh : Prof. Madya Faridah Ahmad, FCCA
Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam – Abu Umair
by NAMA NAMA ISLAM on AUGUST 12, 2
Actually nie aku copy paste jer dr blog http://namanamaislam.com.hrp dihalalkan yer dr tuan punyer blog..
so kwn2 ble dpt panduan dari cini yer n slmt membaca...
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang.Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram.Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik danglamour.
Sekian.
Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud darihttp://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/